Program Cuti Sekolah Bersama Komuniti Asli

20 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu, 19 Disember 2018, telah diadakan satu Program Cuti Sekolah Bersama Komuniti Asli yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program Bersama Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara Bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara membuat infografik dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Word. Program ini telah berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Di dalam program ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Program ini telah dihadiri oleh komuniti asli dan pekerja Perpustakaan Desa yang ingin menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan ICT. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara membuat infografik, mereka telah diberikan latihan untuk menghasilkan infografik dengan mengikut contoh yang diberikan. Di akhir program ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul dalam menghasilkan infografik dengan mengikut kreativiti masing-masing.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali